Monday, March 28, 2011

hikayat si mael kompang part 1

Suatu petang yang sepi di kampung tikus berdengkur, mael kompang kelihatan tekun berlatih kompang.. Disebabkan die begitu meminati seni kompang,seluruh warga kampung tikus berdengkur menggelar nya mael kompang.. Impian nya untuk menjadi peng-kompang yang terkenal suatu hari nanti masih tersemat dalam hati dia.Biasalah, SPM pun tak lepas..Disebabkan kesungguhan nya,hampir semua teknik dan trick bermain kompang berjaya dikuasai mael..


Pada satu hari, Impian mael kompang semakin terlaksana apabila dia menerima satu surat tawaran dari Akedemi Kompang Malaysia (AKKOMA).. Mael sepantas kilat mengkabor berita baik itu kepada mak nya iaitu mak minah kepoh.. Dengan sepantas kilat jugak lah mak minah kepoh mengkepohkan perkara berkenaan kepada seluruh warga kampung tikus berdengkur..Bukan saja kepada warga tikus berdengkur,malah seluruh kaum manusia di facebook dan twitter turut diberitahu mengenai tawaran tersebut..Faham-faham sajalah, mulut kepoh...


Sesampai saja mael di akedemi itu, die terus berjumpa tok guru di akedemi itu iaitu tok guru Allagapas a/l Putukutu.. Walaupun tok guru allagapas ni berbangsa india,tapi masih tiada siapa yang dapat menandingi skill dia bermain kompang..Dia juga adalah juara kompang sedunia 15 kali berturut turut..Terdapat satu mitos yang mengatakan ada bunian yang menurunkan ilmu kompang kepada tok guru allagapas semasa die keluar mencari daun kari dihutan.. Ada jugak mitos yang mengatakan salah seorang puteri bunian telah menghadiah kan kompang keramat kepada tok guru allagapas kerana kekacakan dia.. 


Setelah bertahun-tahun lama nya mael menuntut dibawah jagaan rapi tok guru allagapas, mael berjaya menguasai teknik2 bermain kompang tahap world class sehingga tok guru allagapas begitu sayang kepadanya,pernah jugak tok guru allagapas hendak menjadikan nya anak angkat,tapi mael menolaknya kerana risau dibahan oleh rakan2 di akedemi tu..Pada hari terakhir mael di akedemi tu,tok guru allagapas menghadiahkan kompang keramat nya kepada mael kompang..


"Mael,tok nak kamu sayang kompang ni macam kamu sayang tok guru ketat-ketat..lepas kamu keluar dari akedemi ni,jangan lupa teknik2 rahsia yang tok ajar tu" ujar tok guru allagapas kepada mael kompang.


"Baiklah tok,saya akan selalu ingat pesan tok tu..saya akan selalu rindu kat tok..muah! muah!" balas mael kompang sambil mencium pipi tok guru allagapas.


"Jangan nak rindu lebih lebih sangat,tapi kalau dah tak tahan tu mesej jela..keh keh keh.." kata tok guru allagapas sambil memberikan bahasa isyarat yang nakal.


************************

Kepulangan mael kompang diseambut meriah oleh seluruh warga kampung tikus berdengkur.. Dia disambut bak wira.. Kos untuk majlis sambutan mael kompang saja dikhabarkan bernilai berjuta juta ringgit.. Itu belum lagi kos untuk untuk mendapatkan hak siaran secara langsung semasa majlis tersebut,dengar cerita awal awal lagi RTM dah menyerah kalah..Biasa lah,banyak makan duit rakyat gamak nye..


Mael kini umpama superstar..Disebabkan muka nya ala ala maher zain campur anuar zain, ramai anak anak gadis jadi gila kerana nya..Sidang parlimen pada waktu itu kecoh apabila ada wakil rakyat yang mendesak agar nama mael kompang ditukar kepada 'Mael Zain'.Kemana saja dia pergi,pasti ada saja peminat dia.Sehinggakan semasa die menebas pokok pisang di kebun nya,ada peminat sanggup menyamar sebagai pokok pisang semata mata untuk  melihat mael secara dekat,tapi nasib peminat itu malang agak nya.. Disebabkan dia menyamar sebagai pokok pisang tua,habis arwah dia kerana ditebas oleh mael..


Bersambung part 2....

13 comments:

atiyah said...

Hahahhahaha....lawak2.....:)

Brader Chacha said...

keh keh keh..orang india pun bahasakan diri sbg tok..

ok, yang menyamar jadi pokok pisang memang lawak!

kah kah kah

Mish Nurlin Fatin said...

hahahaha..merepek tol brader nie..

Finaz Jaafar said...

kahkahkah//pehh...mmg peng-auta terbaik ! hahahha

NuR 'aQiLaH said...

lu tak baik kutuk kutuk RTM..
rancangan tengah malam tuu..

Gnie@SimplyStyle said...

hahaha...adoi tak tau nak gelak ke nak simpati kat peminat die yang kena tebas tu...

cik azeya said...

terasa macam nak mencarut masuk blog ni. lalala. :P

tia said...

apesal xletak je nme gua ? kan ke sedap ? grrrr!


ni sume nk pelik2!

anakpakali said...

haha ngokngek r akmal..ase nk guling2 aku..

GadisTerbilang said...

Ikhlas komen

keh3

aku nk kompang pale ko

syAzAnA said...

best2. even gua deactivate fb, insya-Allah gua akan bace blog lu. mesej jeh gua kalau lu dah apdate okayy.

miss hav0c said...

macam tutttttttt hahahaha..ok aku dah komen

safiyyah osman said...

dan lagi selit psal rtm mkn duit rakyat..ahahahaa..

lawak wei..part msg tue..ahaha