Nama mael kompang kini tiba-tiba saja menjadi mashyur dalam sekelip mata..Nama kampung tikus berdengkur dan nama mak minah kepoh pun turut menyibuk nak menjadi mashyur.Turut tak ketinggalan ialah ahli JKKK kampung tikus berdengkur..Tak tahu malu betul mereka ni.
Bermula dari konsert-konsert mini,kini mael kompang mula melancarkan konsert jelajah dunia besar-besaran.. Pengaruh mael kompang mula merebak hingga kumpulan wings menjemput mael kompang berkolaborasi bersama mereka..Projek duet bersama Bruno Mars dan Maher Zain juga membuat kan mael kompang semakin dikenali..Fuh!! punyalah hebat skill mael kompang sampaikan dia steady dan selamba menggoreng lagu-lagu metallica hanya dengan menggunakan kompang keramat dia...kemain lagi dia!
Kini...Dengar cerita permainan pc Guitar Hero gulung tikar akibat dari pelancaran permainan pc Kompang hero... Rancangan realiti seperti Kompang Idol,So You Think You Can Kompang,Akademi Kompang dan Raja Kompang kini mendapat sambutan luar biasa..Berpusu-pusu seluruh kaum manusia menyertai program realiti tv tersebut hanya untuk menjadi seperti mael kompang..
Atas permintaan ketua kampung tikus berdengkur yang meminta mael kompang mempromosikan kampungnya,Mael kompang bersetuju lalu bercadang untuk mengadakan konsert besar-besaran di kampung nya.. Konsert ala-ala world tour gitu.. Konsert tersebut disaksikan oleh jutaan peminat diseluruh dunia.
Semasa mael kompang beraksi bersama kompang keramat nya,semua terpegun.Mak Minah Kepoh terpegun.Pak Din Tongkang terpegun.Abdul Abu Berbulu terpegun.Karim Kering terpegun.Lionel Messi terpegun.Ning Baiduri terpegun.Anwar Ibrahim terpegun.Tiada yang tak terpegun melainkan terpegun-terpegun belaka.
ESPN dan Star Sport melaporkan 200 ribu gadis dikejarkan ke wad psiktiari akibat penangan wajah pan-asia mael kompang..50 ribu orang mengalami histeria,Lionel Messi salah seorang daripada nya manakala 15 ribu peminat mengalami kekejangan otot akibat terlalu lama sangat terpegun.
Bagi meluaskan pengaruhnya, mael kompang telah melancarkan fan page dia di facebook dan mael kompang juga mula menceburi bidang blog bagi mendekati peminat dia..Sebodoh-bodoh Mael kat dalam SPM, otak dia boleh tahan lincah jugak bab-bab meluaskan pengaruh.. Baru sejam pelancaran,berjuta-juta follower sudah meng-follow blog mael kompang..Situasi ni menimbulkan sudah semestinya perasaan dengki dikalangan blogger-blogger yang kononnya popular,bro framsetone dan abang sally misal nya..
Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kalkulator Negara(JAKUN), selepas dikira dengan kalkulator,harta si mael kompang sudah tak terkira jumlah nya.Asyik-asyik syntax error saja..
"Hanya tuhan saja yang tahu"kata Menteri Kalkulator Negara apabila ditanya oleh wartawan mengenai jumlah sebenar kekayaan mael kompang.
#################
"Boleh tahan famous jugak gua ni,nak itu dapat,nak ini dapat, nak makwe pun dapat,kihkihkih!"ujar mael sambil melambai-lambai peminat-peminatnye yang sanggup berkhemah di kawasan rumah nya..
Tapi pada suatu hari, sesuatu telah terjadi kepada mael kompang.....
sambung part 3..kihkih!
8 comments:
hehehehe..suke-suke..sila update cepat2 ye..
lu ni potong stim la der ! wa tgh baca n gelak sorg2 tbe2 brsmbg pulakkkk!!ceiittt!
hahaha............best...sambung cepat lg
kehkehkeh! amboi finaz, kemain marah dia..
apa daa anok pakcik kalil nih..aku da syiok tpegun mmbace laz2 bsambong lak..spoil btui lah..
hahahha..ngeng!...best.
gua syak last last mesti mael kompang join gadis gadis ke wad psiktiari kan?
*asek link kan yang pemes jer -_-"
fuyoo. abam ooi cepat update. adik xsabar nak bacee niee. hehe. lepas stress gua. ^^
Post a Comment