Sunday, April 3, 2011

hikayat si mael kompang (edisi pecah lobang)

Ingat,Kalau tak baca lagi part 1 dan 2,usah mimpi la lu nak paham edisi pecah lobang ni..Rajin-rajinkan le membaca ye.. Baru la ada UMPHH!!! 




Tapi pada suatu hari,sesuatu telah terjadi kepada mael kompang.. Mael kompang merasakan sesuatu yang tak kena bakal terjadi kepada diri nya.. Angin yang agak suam-suam kuku pada petang itu menambahkan lagi perasaan berdebar dalam hati mael..Dia cuba menenangkan hati nya  dengan melayan foto-foto seksi miera liyana di internet dengan penuh nafsu..


#################

"Mael!!!! Esok ada konsert, minggu depan ada kejuaraan kompang dunia,bawak-bawak la pergi rehearsal ke,training ke..Baru la padu sikit sentuhan tu! Dah la anugerah bintang popular nak dekat dah ni,jangan asyik nak berlibur-libur je!" Jerit mak minah kepoh kepada si mael kompang yang sibuk meng-update blog..

"Kejap lagi la mak.. Mael tengah belajar cara nak naikkan trafik kat blog ni." ujar mael bersahaja..

Sejak di ambang populariti ni, Mael jadi pemalas..Training malas,mandi junub malas,kencing pun malas..Maklum sajalah, orang kaya baru..Tapi mak minah kepoh merasakan ada sesuatu yang tak kena mengenai mael kompang..Sebelum ni mael bukan seperti tu. Dia juga mengesyaki ada sesuatu yang tak kena.. Mak minah kepoh cuba menenangkan hatinya dengan membaca majalah-majalah yang menjadi kegilaan Datin-Datin.. Faham-faham saja lah perangai mak minah kepoh ni.. 

Keesokan nya, Mael kompang bersiap sedia untuk konsert yang dinamakan 'Konsert Penghabisan Stok'.. Peminat sudah ramai berkumpul di konsert tersebut..Pihak berkuasa mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengarahkan sepasukan kadet bomba dan kadet remaja sekolah untuk mengawal keadaan malah sebuah hospital gila telah didirikan disebelah konsert itu..

"Kami telah bina hospital gila berdekatan dengan konsert,ape-ape hal senang sikit" Itu kenyataan yang diberi oleh Ketua Polis Sentri Diraja Malaysia..

Tapi malang menimpa si mael kompang apabila kompang keramat nya tiba-tiba hilang.. Puas dicari nya, tak jumpa-jumpa. Setelah dicari masih tak jumpa-jumpa, Mael terpaksa menggunakan kompang yang biasa-biasa saja sebagai alternatif.


Abam mael!!  I lap yu!!!... Peminat sudah terjerit-jerit,nak taknak mael terpaksa juga perform.. 


"Arghhh!! Apa nak jadi,jadilah!!" jerit mael sambil melompat keatas pentas..


Seluruh peminat menjerit apabila pemilik wajah pan-asia itu naik kepentas.Tanpa membuang masa,mael terus melakukan persembahan.. Tiba-tiba seluruh kaum manusia serta mawas yang hadir terkejut.. Mak Minah Kepoh terkejut.Pak Din Tongkang terkejut.Abdul Abu Berbulu terkejut.Karim Kering terkejut.Lionel Messi terkejut.Ning Baiduri terkejut.Anwar Ibrahim terkejut.Mawas betina terkejut..


Mael kompang hanya mampu menggarukan kepala nya... Bakat dan skillnya menggoreng tiba-tiba saja hilang..MUngkin perkara berkenaan ada kena mengena dengan kehilangan kompang keramat nya.. 


Disebabkan seluruh peminat naik angin,masing-masing melemparkan barang keatas pentas tanda protes..Mak Minah Kepoh melempar gigi palsu nya.Pak Din Tongkang melempar kapal korek nya.Abdul Abu Berbulu melempar bulu dada nya.Karim Kering melempar tulang tulang badan nya.Lionel Messi melempar kaki ajaib nya.Ning Baiduri anak tekak soprano nya.Anwar Ibrahim melempar saiful bukhari nya.Tiada yang tak melempar  melainkan melempar-lempar belaka.


Demi keselamatan diri nya,Mael kompang terus melarikan diri kepulau terpencil bersama beg laptop nya serta gigi palsu mak minah kepoh yang melekat di telinga nya..


"Fuhh! sampai jugak aku kat sini.. nasib baik tak kena lanyak aku..Fuhh lagi" ujar mael kelegaan..


Dalam masa kurang beberapa saat, mael mendapat satu idea untuk merungkai persoalan mengenai kejadian kehilangan kompang keramat dan skillnya.. "Ehh,ada wifi la kat pulau ni,"... mael menjerit kesukaan... Tanpa berlengah lagi,mael terus membuka profile fesbuk tok guru allagapas..Tapi kekecewaan jelas terpancar di wajah mael, status terakhir tok guru allagapas ialah "aku dah mati,jangan cari aku lagi ;)"


Tiba-tiba muncul bunian dihadapan mael dan berkata "Disebabkan tok guru allagapas sudah mati,maka tamat lah perjanjian antara kami.. Kompang keramat telah aku ambil dan si pemilik kompang telah kehilangan skill nya"


Benarlah mitos yang hebat diperkatakan pada satu ketika dulu mengenai tok guru allagapas menerima kompang keramat dari bunian..


"So,what should i do right now?" mael bertanya kepada bunian..


"Amboi,kemain berspeaking ye?" bunian itu berkata sambil menjeling tajam kepada mael..


"hik hik hik" mael hanya mampu tesenyum sinis.


"Disebabkan populariti kau hebat diperkatakan diseluruh alam bunian,maka kau mesti tinggalkan dunia manusia dan pergi ke dunia bunian... Jika kau sanggup, baru aku akan mengembalikan kompang keramat dan skill kau kembali.." ujar bunian tersebut sambil tangan di bahu dan mata pandang keatas..


Mael terdiam sejenak,Dikepala nya terbayang wajah-wajah yang dikenalinya..Akhirnya mael bersetuju untuk pergi kedunia bunian demi kecintaan nya terhadap ilmu mengompang..


"Makwe-makwe bunian pun lawa woooo!!!! cam ginih!" jerit mael sambil menunjukkan isyarat ibu jari nya..
########

Manakala dialam manusia pula, masing-masing merindukan kelibat mael kompang yang satu ketika menjadi fenomena..Kini kisah hidup mael kompang hanya menjadi hikayat di alam manusia......

-Tammat-

7 comments:

izryn halim said...

Bhahahhahaha......nasib baik dah TAMMAT. cerita kau merepek doe!! tapi aku sukee!!

Mish Nurlin Fatin said...

hehehe..suke cite merepek ko ni..cite la lagi pasni tau..

Cik tempoyak maniss said...

keh3........
nice ending...
keep up da good work mal.....
wahh......
aku x sbr nak tggu next puisi hang...keh3

IntanBerlian said...

serious kan aku x paham. lepas ni kene baca dari awal.

Finaz Jaafar said...

trbaikk wokk ! hahah..xleh blah an..kn da kata wt wa gelak sowg2

brader kemal said...

;)

syAzAnA said...

naseb bek xhanging citer lu.

lap u brader kemal. haha

larikkkk