Monday, April 18, 2011

steady

Gua di suatu tempat.. Tempat baru, hidup pun baru,bak kata pepatah semua nya baru.. Awal-awal gua boleh tahan tension jugak duduk kat sini. Dah la apa takda,dah la takda sapa,gua mati kutu. Tapi bila pikir balik yang gua ni pun spesis kutu, gua kembali steady..Gua buat macam-macam kat tempat ni.. Dari perangai baik hinggalah ke perangai celaka, gua dah buat kat sini..

Macam-macam jenis orang gua jumpa kat sini,macam-macam jenis bangsa yang gua dah bersembang..Dari insiden cikaro nyaris tido kat atas peha gua sampai la ke gayboy mintak no gua..Mari faking sama mereka! Dari mat saleh hingga ke orang acheh gua bersembang..Baca betul-betul,Orang aceh,bukan orang indon..Diorang kemain marah lagi bila ada orang cakap diorang orang indon..Takpe lah, gua anggukkan kepala gua je la..Semua nya gua dah jumpa..Sampaikan orang netherland pun gua dah sembang..pehh! bangsa paling gua minat..

Seronok sebenar nya duduk kat sini, takda sapa kacau,takda sapa ambik peduli,boleh sembang dengan sesiapa saja,boleh tengok makwe-makwe seksi,nenek kulit berkedut tapi berlagak seksi pun gua dah nampak.. Gua siap menunjukkan ekspresi muka nak termuntah depan dia,harap-harap nenek tu faham maksud gua dan dan bertaubat..

Kalau gua nak cerita mengenai perangai orang pulak, gua memang tak boleh nak cerita,masing-masing ada perangai masing-masing, ada masalah masing-masing,gua pun tergolong jugak.Oleh yang demikian, gua mengganggap diorang pun angkatan kutu yang bersekutu dengan gua..

Lu orang tak dapat teka lagi ke gua kat mana? Gua rasa tak payah la nak berteka-teka.. Hari ni secara rasmi nya gua meninggalkan tempat ini.Atas arahan mem besar, gua terpaksa ikut jela.. Yang membuatkan gua makin pelik sekarang ni ialah macam mana mak gua boleh tau pe yang dah jadi kat gua sekarang ni, gua pasti yang dia masih belum tau lagi apa yang dah jadi kat gua, tapi dia cuma cakap dia dapat rasa gua tengah susah, instinct ibu ni jangan dibuat main sangat..

Ok,gua nak chow, kepada yang tau kat mana gua berada, senyap2 sudah la.. Nanti gua belanja ye, keh keh keh..


3 comments:

meyza said...

miza taw! miza taw! (smbil angkat tgn tgi2)


ehem2..emm bila nk blanja neyh???hak3

Finaz Jaafar said...

oke aii tak tau..cehh

atiyah said...

hmmm....biasa la...mak mesti tau sama da kite dlm susah or x....baik ikut ckp mak ko.....:) senang ckit hati die ko ade depan mata die....