Disebabkan aku malas sangat nak melayan carutan hati aku tadi, aku pantas sambar tuala dan mandi dengan kadar segera.Rasa macam hari tu ada sesuatu yang aku kena buat.Selesai saja mandi dan pekena telur goreng serta nasik semalam.Aku baru terperasan sesuatu.
Oh rokok sudah habis rupanya.Bagus juga mata aku ni dalam bab alert kan aku pasal kehabisan stok rokok.Ketiadaan rokok selepas perut sudah kenyang ni memang mengundang perasaan down,marah dan sebagai nya, cukup lah aku umpamakan seperti makwe yang sedang PMS.
Tanpa berlengah masa aku terus ke Seven Eleven yang berdekatan, Dari jauh lagi aku udah perati makwe seven eleven tu seakan akan menunggu kehadiran aku, aku tersenyum lebar.
"Selamat datang sayang," ujar makwe Seven Eleven tu. "kasi winston merah ye" balas aku sambil tersenyum.Sepantas kilat jugak lah aku merangkul air kotak dan beberapa keropok sebagai bekal dirumah.
"Banyak nya barang,abang nak beg plastik ke?" makwe Seven Eleven tu bertanya kepada aku.. "eh mestilah nak.banyak ni" aku sepantas kilat menjawab..
Dia terus memasukkan barang aku ke dalam beg plastik.. "okey, semua nya RM13.50 dan extra charge 50sen untuk beg plastik tu. hari ni hari tanpa beg plastik sedunia" makwe Seven berkata ke aku dengan tersenyum nipis. "jahanam, terkena aku" carut aku didalam hati.Tak pasal pasal aku rasa diri aku tergolong dalam golongan pencemar alam sekitar.
Kalau lah lelaki yang jadi cashier masa tu, udah aku sumbat dia dalam beg plastik sampah.
No comments:
Post a Comment