Monday, November 5, 2012

Jom Diet Bersama Herbalife




HERBALIFE

Terus terang cakap,Saya pernah mencuba bermacam produk dan cara sebelum ini namun tak berhasil..Akhirnya saya mencuba produk Herbalife.. Hasil yang saya dapat, 3 hari saya turun sekilo.. Dalam sebulan saya mampu turun dalam anggaran 8 kilo.. Itu pun campur malas nak minum dan langgar pantang..hehehe


PRODUK HERBALIFE


Ada 4 produk yang disyorkan oleh coach saya untuk program diet menggunakan herbalife ni.. Tapi produk priority bagi saya hanya 3, tengok? Kan dah jimat sikit.. Okey saya terangkan secara detail produk dia.

-Nutritious Mixed soy powder-


*Antara produk kegemaran saya

*ada 5 jenis perisa, paling top coklat dan cappucino

*membekalkan tenaga dan memberikan rasa kenyang yang lama selepas minum.


*****
-Tea Mix Lemon and Hibiscus-



*sebahagian dari produk diet utama saya

*mengandungi 19 jenis vitamin yang terdapat dalam sayuran dan buahan.

*produk wajib beli


*****


Herbal Aloe Concentrate

*khas untuk mencuci buah pinggang

*membuang lemak melalui sistem perkumuhan badan iaitu air kencing.

*favourite saya!

Okay itu 3 produk utama yang saya guna dalam proses diet saya. Mahu menempah secara online? Hubungi saya :-

Akmal : 0175361223/ 0195610021

Email: akmal.muhaimin@gmail.com

Thursday, April 26, 2012

beg plastik

Pagi tu awal betul aku terjaga, rasa macam nak terajang saja mata aku supaya dia pengsan dan aku pula dapat sambung tidur dengan lena.Tapi aku mengalah dan bingkas bangun dari katil,hati aku mencarut tiba-tiba. "faking, apa aku nak buat kalau aku bangun awal ni?" 

Disebabkan aku malas sangat nak melayan carutan hati aku tadi, aku pantas sambar tuala dan mandi dengan kadar segera.Rasa macam hari tu ada sesuatu yang aku kena buat.Selesai saja mandi dan pekena telur goreng serta nasik semalam.Aku baru terperasan sesuatu.

Oh rokok sudah habis rupanya.Bagus juga mata aku ni dalam bab alert kan aku pasal kehabisan stok rokok.Ketiadaan rokok selepas perut sudah kenyang ni memang mengundang perasaan down,marah dan sebagai nya, cukup lah aku umpamakan seperti makwe yang sedang PMS.

Tanpa berlengah masa aku terus ke Seven Eleven yang berdekatan, Dari jauh lagi aku udah perati makwe seven eleven tu seakan akan menunggu kehadiran aku, aku tersenyum lebar.

"Selamat datang sayang," ujar makwe Seven Eleven tu. "kasi winston merah ye" balas aku sambil tersenyum.Sepantas kilat jugak lah aku merangkul air kotak dan beberapa keropok sebagai bekal dirumah.

"Banyak nya barang,abang nak beg plastik ke?" makwe Seven Eleven tu bertanya kepada aku.. "eh mestilah nak.banyak ni" aku sepantas kilat menjawab..

Dia terus memasukkan barang aku ke dalam beg plastik.. "okey, semua nya RM13.50 dan extra charge 50sen untuk beg plastik tu. hari ni hari tanpa beg plastik sedunia" makwe Seven berkata ke aku dengan tersenyum nipis. "jahanam, terkena aku" carut aku didalam hati.Tak pasal pasal aku rasa diri aku tergolong dalam golongan pencemar alam sekitar.

Kalau lah lelaki yang jadi cashier masa tu, udah aku sumbat dia dalam beg plastik sampah.

Wednesday, March 21, 2012

kampung kelip kelip kuantan

Cilake, apesal lah spirit kampung kelip kelip kuantan ni kuat sangat kat dalam otak gua.. Sampaikan Yana samsudin pun reply twit gua pasal kampung kelip kelip kuantan ni.. kemain lagi die nak mendalami pasal kampung kelip kelip kuantan ni. Aje nye ye mike ni yana!..


Oh. mintak maaf, termula entri ni dengan mencarut pulok..Harap harap takde lah anak anak angkat azhar idrus yang serang ke gua lepas gua abis bercerita ni.


Sebenarnya kampung kelip kelip kuantan ni ada dekat tanjung karang selangor.. Engko orang jangan ingat dekat pahang pulak.Lagi satu, kampung kelip kelip kuantan tak ada kena mengena dengan leplep yang duduk di kuantan tu.. Itu yang diorang kabor ke gua.. gua kabor ke engko orang pulak..


Sebenar nya gua pun jarang masuk ke kampung kelip kelip kuantan ni, Pernah sekali je gua masuk dengan sepupu gua.. itu pun pergi ke rumah bekas makwe dia. Muka penduduk nya kemain bengis Ya Rabbi.. Muka penduduk nya dengan hantu jepun udah lebih kurang gua tengok. Patut lah ada cerita seram dekat kampung ni..Ade orang gelar kampung ni kampung berhantu.


Cerita seram pasal kampung ni pernah melintasi sempadan geografi teluk intan dan akhirnya sampai ke telinga gua, menurut cerita yang dah di kabor ke gua tu. Ade 7 dukun terpower dekat kampung ni, gua taktau la pulak kepoweran dukun2 ni boleh mengalahkan kan kepoweran dukun kampung gua.


Ok, setakat 7 dukun tu jelah yang gua tau, gua pun taktau mana seram nya cerita ni.. rasa nya masa melintasi sempadan geografi teluk intan, sebahagian dari cerita ni udah di sondol dek babi hutan agak nya. dapat cerita baru nanti gua kabor ke engko orang, engko orang tunggu, engko orang tunggu..


P/s: dengor kabor nye bakal bini gua duduk dekat dekat dengan kampung kelip kelip kuantan ni. debor ni debor!