Cilake, apesal lah spirit kampung kelip kelip kuantan ni kuat sangat kat dalam otak gua.. Sampaikan Yana samsudin pun reply twit gua pasal kampung kelip kelip kuantan ni.. kemain lagi die nak mendalami pasal kampung kelip kelip kuantan ni. Aje nye ye mike ni yana!..
Oh. mintak maaf, termula entri ni dengan mencarut pulok..Harap harap takde lah anak anak angkat azhar idrus yang serang ke gua lepas gua abis bercerita ni.
Sebenarnya kampung kelip kelip kuantan ni ada dekat tanjung karang selangor.. Engko orang jangan ingat dekat pahang pulak.Lagi satu, kampung kelip kelip kuantan tak ada kena mengena dengan leplep yang duduk di kuantan tu.. Itu yang diorang kabor ke gua.. gua kabor ke engko orang pulak..
Sebenar nya gua pun jarang masuk ke kampung kelip kelip kuantan ni, Pernah sekali je gua masuk dengan sepupu gua.. itu pun pergi ke rumah bekas makwe dia. Muka penduduk nya kemain bengis Ya Rabbi.. Muka penduduk nya dengan hantu jepun udah lebih kurang gua tengok. Patut lah ada cerita seram dekat kampung ni..Ade orang gelar kampung ni kampung berhantu.
Cerita seram pasal kampung ni pernah melintasi sempadan geografi teluk intan dan akhirnya sampai ke telinga gua, menurut cerita yang dah di kabor ke gua tu. Ade 7 dukun terpower dekat kampung ni, gua taktau la pulak kepoweran dukun2 ni boleh mengalahkan kan kepoweran dukun kampung gua.
Ok, setakat 7 dukun tu jelah yang gua tau, gua pun taktau mana seram nya cerita ni.. rasa nya masa melintasi sempadan geografi teluk intan, sebahagian dari cerita ni udah di sondol dek babi hutan agak nya. dapat cerita baru nanti gua kabor ke engko orang, engko orang tunggu, engko orang tunggu..
P/s: dengor kabor nye bakal bini gua duduk dekat dekat dengan kampung kelip kelip kuantan ni. debor ni debor!
Showing posts with label puaka. Show all posts
Showing posts with label puaka. Show all posts
Wednesday, March 21, 2012
Tuesday, February 14, 2012
akhir nya
Setelah berkurun lama nya gua tak bertandang ke blog sendiri sampai kan blog gua kene remove dengan google pun gua tak tahu. Akhir nya gua kembali, maka bergembira lah wahai sayang-sayang sekalian. sekian
Wednesday, May 4, 2011
Pernah
Gua pernah ada blog lain.. Lagi ramai follower dari blog ni.Blog Akmalhacks tu..Kalau lu blogger lagenda, pasti lu kenal.Kemain hebat,kemain mantap,kemain popular..Tapi gua terajang blog tu jauh-jauh..Gua cepat bosan..Di blog tu,macam-macam jenis blog gua bahan,sampai blog gua sendiri gua bahan.Hebat bukan?.Tuih!.Nak diikutkan, Masa gua sekolah dulu pun gua dah ada blog, tapi blog lama tu memang gua dah terajang sampai mati.Tak bernyawa hingga ke hari ini.
Gua pernah berkenalan dengan seorang pakcik cina muslim di Kuala Lumpur. Yang menarik tentang dia ialah dia buta.Tapi buta nya takda lah teruk sangat, Nampak sikit-sikit kata nya,gua pun percaya jela. Dia berasal dari Padang Terap,Kedah dan mahu ke Putrajaya kata nya,hendak mohon kad pengenalan buat kali keempat.Dia cakap dia dah banyak kali ke Kuala Lumpur sendirian dari Kedah nun.Mak aih jauh nya. Gua jadi insaf buat sementara waktu.
Gua puas bersembang dengan pakcik cina muslim ni, Di Padang Terap sana, dia duduk di surau.Sedih jugak cerita nya,tapi dia kelihatan steady dan bergaya bercerita.Hati kental agak nya.
"Hang nasib baik, hang muda,sihat lagi,mata pun ok.beramal lah banyak-banyak." Ujar pakcik tersebut ke gua..
Sambil tunduk gua berbicara " Pakcik nasib baik, tuhan dah lindung dari dosa mata.tak macam saya, hari-hari tengok maksiat." ujar gua merujuk kepada insiden makwe melayu pakai skirt yang terjatuh tangga tempoh hari, rambang mata gua dibuat nya. Aummmm!

Saturday, April 30, 2011
brickfields
Baru-baru ni tengah gua bosan hidup di rumah orang-orang kaya di pinggir ukay perdana, gua terpikir, kemana la agak nya tempat yang gua nak pergi.. Nak ke zoo negara, dari aparment ni siap nampak mawas sedang mengawan, jadi gua cancelkan hajat ke zoo negara..Kalau masuk percuma mungkin gua akan pertimbangkan..
Tiba-tiba saja datang ilham dan idea yang mengajak ke brickfields..Gua tanpa banyak bunyi dan banyak cakap mengikut saja apa yang dicadangkan oleh ilham dan idea tu.. Dari ampang ni boleh tahan jauh jugak la, ditambah pula kesesakan lalu lintas pukul 2 petang..Faking sungguh rasa nya!
Sesampai saja gua di brickfields, gua parking di stesyen monorail,gua kabo kat polis bantuan tu, "Kalau rajin tolong tengok-tengok kan la motor saya ni".. Abang polis bantuan tu jeling tajam..Gua angkat kening.. Kemain marah lagi dia..Gua tinggalkan polis tu, gua terus memulakan perjalanan kaki gua memusing area brickfields.. Faham-faham saja lah feel di brickfields ni macam mana.. Sebut saja brickfields, pasti ramai yang mengaitkan dengan sindiket anak ayam,bapak ayam...Malah di stesyen monorail, gua siap nampak ayam serama di tepi jalan, gua pelik jugak, ada pulak ayam kat tempat sibuk ni ye? kalau ayam serama itu mampu menjawab jawapan gua, pasti dia akan berkata " kat brickfields ni manusia pon dah jadi ayam brader kemal oi!"
Gua menyusuri lorong-lorong yang menjadi laluan orang ramai, Gua tengok lagi ramai pelacur dari orang awam yang berkeliaran.. faking sungguh.. Takpelah, janji jangan kacau gua sudah lah... Dari jauh gua terpandang beberapa orang pelancong mengambil gambar di sebuah lorong belakang kedai sambil tergelak.. Hati gua terpikir,ni mesti diorang ambil gambar pelacur sedang berbogel agak nya.. Gua pun melajukan langkah gua kearah mereka.. taknak lepas peluang..keh keh keh.. Bila gua sampai saja gua terpandang satu pemandangan yang amat dasyat sekali..Gua tengok timbunan sampah setinggi bumbung kedai di sepanjang lorong itu.. Automatik gua malu bila gua pandang muka-muka mat saleh yang sedang asyik mengambil gambar...
Gua meneruskan perjalanan kaki gua, Gua ke lorong panas.. sepanjang lorong itu, disebelah kiri gua barisan pelacur yang memperagakan badan mereka sambil menawarkan harga dan dari jauh pula ialah barisan bapak ayam mereka..Beberapa kali jugak la diorang memanggil gua, kalau pelacur tu ada seorang je, mau gua pijak2 kan je.. Tapi bila dilihat bilangan mereka yang ramai, silap-silap haribulan teruk jugak gua dibelasah di atas ranjang..Gua terpaksa melajukan langkah gua sambil bersiul..
Boleh tahan jugak panas di brickfields hari itu, gua betul-betul kehabisan stamina dan tenaga.. Jadi gua laju-laju mendapatkan motor gua.. Bila gua sampai di stesyen monorail, gua tengok abang polis tadi duduk diatas motor gua sambil bersembang dengan rakan nya..Bagus jugak polis ni..

Monday, April 25, 2011
oh si gadis tosei
Satu ketika dahulu, takde lah lama sangat.. takde lah baru sangat, peristiwa ini terjadi masa gua berumur 16 tahun.. Setiap kali gua teringat, gua tersengih.. kadang-kadang bila gua teringat masa waktu makan, gua tersengih di depan ikan,ayam dan mak gua.. Mak gua sepantas kilat berkata, "Dah gila ke hape?"..
Masa itu gua berumur 16 tahun, masih bersekolah.. Kawan-kawan sekelas gua mendapat 'leaks' yang seorang cikgu duda ni mempunyai anak yang cantik.. Tapi diorang cakap nama nya pulak yang buruk. Nama nya Rafeah. Awal-awal lagi gua dah tergelak berguling-guling tapi bila kawan gua menunjukkan gambar nya kepada gua, Gua terkhayal sejenak..Peh! lawa,cantik ada umphh! cengginih!..Gua menunjukkan isyarat ibu jari kepada kawan gua, dia tersenyum bangga..
Die sebabkan kawan sekelas gua tu duduk di asrama dan gua duduk di rumah, maka tugas berjumpa dengan si makwe bernama rafeah tu diserahkan kepada gua. Gua salin no telefon dan gua blutooth gambar makwe tu dari henpon rakan gua..
Bermula dari hari itu, gua mesej die, semua nya dibawah perancangan yang rapi.. Akhir nya dia bersetuju berjumpa gua.. Gua pun melompat kegirangan, peduli apa dengan nama nya, gua nak tengok muka nya saja.. keh keh keh..
Seperti yang dijanjikan,gua berjumpa dia, ayu orang nya.. nampak manis.. Gua ajak dia lepak kat kedai makan berhampiran, dia memilih kedai mamak.. gua pun ok saja lah..
Gua tanya dia, nak makan apa..Dia dengan laju menjawab tosei! erk, gua terkedu.. terkedu..terkedu lagi.. Cilake ape makwe ni nak makan tosei.. gua cukup anti dengan tosei.. Sudah lah dia oder tosei, dia paksa gua makan tosei jugak.. Gua buat muka ketat dekat mamak tu.. Nak taknak gua terpaksa mengunyah tosei jahanam tu..Sambil tersenyum gua mengunyah tosei itu..Dia tersengih kambing..
Minggu depan nya rakan gua bertanya kepada gua, "Amacam? best tak?" gua hanya mempu menjawab" hanya tuhan yang tahu"..
FAKING TOSEI!
Wednesday, April 20, 2011
gangster?...puihhh!!
Pejam celik pejam celik dah 4 bulan gua bertapa di Kuala Lumpur.Pejam celik,4 bulan jugak lah gua tak balik balik Teluk Intan.. Dengar kabor nye penduduk Teluk Intan begitu hebat mengecam tindakan gua yang tak balik-balik..Sudah gua kabor, selagi jawatan penjaga menara condong belum jatuh ke tangan gua, gua takkan balik..Tapi bila mengenangkan nasib di perantauan, hati ni tiba-tiba jadi tak steady..Caca marba orang kabor..
Sebenar nya bukan ni yang nak gua ceritakan, Dalam 4 bulan ni, gua ronda sana,gua ronda sini.. Gua teroka Kuala Lumpur..Gua teroka sampai gua dah tak tau ape gua nak buat dah.. Satu hari, gua berhenti minum dekat area wangsa maju, sambil gua layan menghirup teh bunga, tiba-tiba gua terdengar suara bising-bising kat belakang gua..Bila gua pandang je, kerusi-kerusi beterbangan, cawan dan gelas bersepah merata.. Terkedu jugak la dibuat nye, kelam kabut gua bangun dari kerusi dan cabut lari masuk ke kaunter..Bukan nye gua kecut, tapi gua datang ke kolumpo ni bukan nya nak beradu nasib,beradu kekuatang ke hape ke.. Gua datang nak kerja..Kalau scene-scene macam ni terjadi kat teluk intan, insyallah gua tumpang sekaki..
Satu hari, gua lepak dekat area dataran merdeka..Tengah gua feeling menyedut asap rokok dunhill,Tiba-tiba datang sekumpulan remaja dan lepak berdekatan dengan gua..Gua buat-buat tak perasan sambil menyedut asap rokok..Kali ni gua betul-betul feeling punya sedut,sampai pejam mata!
Sambil smoke, gua curi-curi dengar perbualan remaja yang layak di gelar adik-adik gua.. "Weh,semalam ade budak datang nak gegar aku! nasib baik aku sempat panggil brader aku!" Seorang budak lain bertanya kepada dia " takpe,kalau diorang datang nak gegar, kite panggil brader besar turun.."
Habis je gua smoke,gua tersengih tengok adik-adik ni, "Haishh, budak2 3 line rupa nye..hidup lagi diorang ni" getus hati gua...
Scene pergaduhan ni dah lama gua tinggalkan sejak mata gua lebam teruk akibat tumbukan padu dari keling mana entah, sejak dari itu, gua bersara dari arena ni.. Dah tua dah nak join perangai budak-budak ni..Abang nak hayun penumbuk pun dah tak larat dah dik oi.. Abang mampu bagi nasihat jela, tinggalkan jela scene ni, hidup lu panjang lagi..Jangan jadikan ia nya sekejap..
Kalau adik taknak dengar kata abang ni, takpe la, adik dah kena macam abang ni baru adik insaf ye dak? keh keh keh
Monday, April 18, 2011
steady
Gua di suatu tempat.. Tempat baru, hidup pun baru,bak kata pepatah semua nya baru.. Awal-awal gua boleh tahan tension jugak duduk kat sini. Dah la apa takda,dah la takda sapa,gua mati kutu. Tapi bila pikir balik yang gua ni pun spesis kutu, gua kembali steady..Gua buat macam-macam kat tempat ni.. Dari perangai baik hinggalah ke perangai celaka, gua dah buat kat sini..
Macam-macam jenis orang gua jumpa kat sini,macam-macam jenis bangsa yang gua dah bersembang..Dari insiden cikaro nyaris tido kat atas peha gua sampai la ke gayboy mintak no gua..Mari faking sama mereka! Dari mat saleh hingga ke orang acheh gua bersembang..Baca betul-betul,Orang aceh,bukan orang indon..Diorang kemain marah lagi bila ada orang cakap diorang orang indon..Takpe lah, gua anggukkan kepala gua je la..Semua nya gua dah jumpa..Sampaikan orang netherland pun gua dah sembang..pehh! bangsa paling gua minat..
Seronok sebenar nya duduk kat sini, takda sapa kacau,takda sapa ambik peduli,boleh sembang dengan sesiapa saja,boleh tengok makwe-makwe seksi,nenek kulit berkedut tapi berlagak seksi pun gua dah nampak.. Gua siap menunjukkan ekspresi muka nak termuntah depan dia,harap-harap nenek tu faham maksud gua dan dan bertaubat..
Kalau gua nak cerita mengenai perangai orang pulak, gua memang tak boleh nak cerita,masing-masing ada perangai masing-masing, ada masalah masing-masing,gua pun tergolong jugak.Oleh yang demikian, gua mengganggap diorang pun angkatan kutu yang bersekutu dengan gua..
Lu orang tak dapat teka lagi ke gua kat mana? Gua rasa tak payah la nak berteka-teka.. Hari ni secara rasmi nya gua meninggalkan tempat ini.Atas arahan mem besar, gua terpaksa ikut jela.. Yang membuatkan gua makin pelik sekarang ni ialah macam mana mak gua boleh tau pe yang dah jadi kat gua sekarang ni, gua pasti yang dia masih belum tau lagi apa yang dah jadi kat gua, tapi dia cuma cakap dia dapat rasa gua tengah susah, instinct ibu ni jangan dibuat main sangat..
Ok,gua nak chow, kepada yang tau kat mana gua berada, senyap2 sudah la.. Nanti gua belanja ye, keh keh keh..
Monday, March 14, 2011
vandalisme
Nak gua cerita pasal pesen vandalisme ni memang complicated..Mati hidup balik pun gejala ni tak mati mati..Disebabkan gelaja ni antara gejala yang paling banyak pengikut tak berdaftar kat dunia..Malah gua syak ahli2 die lagi ramai dari kaum semut.Jadi gua hanya mampu tengok dan menghayati gejala ni..Nak diterajang sekor2 gua rasa kesian pulak..
Sebut je vandalisme semua mesti pikir tandas, Dah kompem2 tempat ni je jadi mangsa oleh golongan2 si puaka.. Dari gua baligh sampai umur gua 21 taun, dah bermacam2 ayat2 nakal seperti "saya sayang awak,fcuk la lu,pale jimbit ko,cilake pekida!,jom kite romen la sayang".. Tak kurang jugak pesen lukisan yang berbentuk kelucahan dan puisi tangkap leleh... Kadang2 gua melepas hajat sambil tergelak2 bace ayat2 berpuaka kat dinding tandas ni...kah kah kah..
Gua kadang2 terpikir, Sanggup pulak si puaka2 ni beli marker pen demi melepaskan seni terpendam dorang ni.. Gua penah jugak tepikir nak menconteng2 tandas ni, Tapi bila dipikirkan, beli rokok lagi layan dari beli marker pen,so hajat gua tak kesampaian..keh keh keh..
Setakat ni semua tandas2 awam yang gua kunjungi memang ade gejala ni, Tandas sekolah paling teruk jadi mangsa nya... Tapi gua taktau la pulak kalau2 tandas makwe pun same je..keh keh keh
Lagi satu yang gua perasan,public phone.. di zaman2 gua baru belaja erti bergayut, public phone mesti jadi tumpuan gua setiap malam sabtu..Si makwe2 pulak dah ready tunggu kat telepon rumah masing2.kihkihkih.. Public phone ni kalau takde orang yang conteng2 memang bukan public phone name..mungkin sesuai untuk public porn agak nye... Tapi pada satu hari, sedang gua syok bergayut,gua ade terperasan ade orang tulis nombor kt public phone tu, "no cikaro, 017-481****" Sambil meletakkan ganggang yang dah uzur,gua menjerit"hoi!!! cilake mane yang tulis no aku!!!" gua ade terperasan sekumpulan puaka ditepi jalan tergelak tersipu2 melihat gua..
psst: seni tu seni jugak brader oi.. jom lawan lukis ngn gua sape lagi art.
Subscribe to:
Posts (Atom)