Saturday, March 5, 2011

rokok oh rokok

Gua pun dah tak ingat ni entri ke berapa gua cakap nak berhenti merokok..Gua pun dah lupa berapa kali gua berniat nak berhenti merokok..Gua lagi terlupa dah berapa tahun gua berniat nak berhenti merokok..Rasa2 nya dari zaman sekolah dulu gua bercadang nak berhenti merokok.. Dan gua pun dah tak berapa ingat berapa juta makwe yang dah berpesan supaya gua bersara dari arena perokokan ni..

Makwe datang silih berganti, Masing2 memesan supaya gua mengurangkan kuantiti nikotin dalam badan ni.. Tapi gua sekadar memekak telinga gua begitu sahaja.. Kalau dikumpul air liur mak gua yang tersembul keluar akibat dari syarahan dia supaya gua berokok, gua rasa dah mati kelemasan gua sekarang ni..

Semalam cik A bermesej dengan gua, Tajuk mesej nya tak lain tak bukan pasal rokok, Gua seperti biasa, menggunakan alasan muntah darah gua sebagai pertahanan terbaik dari mendengar syarahan dia.. Last2 die bermesej lg, "kurang2 kan la".. 

Bukan gua taknak berhenti,impian berhenti merokok ni memang menjadi visi dan misi gua untuk jadi bapak terbaik kepada bakal anak2 gua.. Tapi impian sekadar impian kot.. Rokok dan gua dah macam aur dan tebing.. 


Tapi Bila cik A cakap lepas ni kalau nak deting gua mesti berada dalam keadaan sifar dari pengaruh rokok... Gua dah mula goyang semacam, kalau macam ni permintaan dia, 150 juta tahun nanti pun belum tentu gua dapat deting..

Bukan nye gua tak penah mencuba ubat niquotin tuh..Tapi mende alah tu langsung tak bagi kesan kat gua.. Gua lagi bersemangat nk merokok ade la.. Mungkin gua terpakse guna kaedah akupuntur gamak nye.. Bermacam2 skill berhenti merokok gua dah mencuba..Tapi tak berhasil setakat ni..

takpe! takpe! gua cuba..gua cuba..(sambil menghebus asap rokok)


6 comments:

Brader Chacha said...

lu try hisap kertas A4 sampai berdengung..insyallah..

SweetyMui2 said...

sila berhenti merokok demi cik A..hahaha

Mish Nurlin Fatin said...

ala sifu nie..org mrrokok nie busuk tau..

Cik tempoyak maniss said...

beb,,,ingt ni...merokok tu dah jatuh hukum HARAM....so,,,klu hang merokok ibarat nye sme gak cam hang wat benda haram lain...cth,,mnum arak..haa... cbe ingt...tiap2 kli nak p bli rkok 2,,hang ingt hang nak p bnuh dri....hohohho...so,,beringat tau...

Rozita said...

brader,

niquotine tu mahal ke?
taknak try nicoratte (tanya kat farmasi) ke?

sat nak iklan jap ye:
ada 3 jenis ni
1. jenis cam rokok plastik kecik
2. jenis pil
3. jenis tampal2 cam koyok tu...

dulu laki aku masa tunang dulu dia merokok..pastu aku bagi present yg no 1 tu kat dia...pasal dia kata habit menghisap tu yg payah nak buang...success bro...dlm seminggu je dia quit!..try la ala tak abisnye rm50 ko bro..dulu aku beli cuma rm47.90 je...tak abis pun guna, siap dia leh pass kat sepupu dia lagi tu..

yg 2 last tu pun aku x suggest sgt..pasal payah org nak lekat ikut jadual dia...

brader kemal said...

okay.. gua cuba, gua cuba... keh keh keh