Sunday, May 1, 2011

Slot Cengkerama Siri 7 - Antara Dosa Dan Jasa (Episod 3)



Taknak cakap banyak, baca entri terdahulu untuk pemahaman yang jitu..Jangan main terjah saja.. Bahaya..


Slot Cengkerama Siri 7 -Antara Dosa Dan Jasa(episod 1)
Slot Cengkerama Siri  7   - Antara Dosa Dan Jasa (Episod 2)


# # # # # # # # # # #

"Kah kah kah, Hoi Pak Mikael! kau boleh tanya lagi apa aku sudah buat kat anak kau si Anna ni? Dah puas aku kekah si Anna ni! Sedap ya amat!" Nur Ibrahim ketawa berdekah-dekah sambil cepat-cepat menarik seluar jeans nya yang terlucut seketika..

Encik Azim berdesup sampai ke tempat kejadian.Seperti yang dijanjikan, Senapang keramat nya telah dipegang erat sambil menghalakan tepat ke arah Nur Ibrahim.Pak Mikael sudah semakin berbulu mendengar jawapan cilaka dari Nur Ibrahim.


Tanpa berfikir panjang, Encik Azim menarik picu senapang nya dan melepaskan sedas tembakan kearah Nur Ibrahim. Sepantas kilat Tok Ayai,bekas jaguh lompat jauh SUKMA 1935 berlari laju dan menerbangkan badan bagi menghalang tembakan padu dari Encik Azim.Akhirnya sekujur badan telah terkojol di muncung senapang Encik Azim.


Nur Ibrahim tergamam melihat Tok Ayai yang sempat mengenyit mata kearah nya sambil jatuh terlentang tertiarap terguling ke atas jalanraya sambil dilanyak oleh Bas HUP SOON yang melalui jalan tersebut.Encik Azim yang juga bekas jaguh menembak SUKMA 1935 terkedu kerana baru ini kali pertama dia tersalah sasaran dan lebih memilukan,bekas rakan sekontijen nya pula yang menjadi mangsa.Sendu dihati,pilu dijiwa Encik Azim.


Melihatkan keadaan bapanya yang begitu menyayat hati, tahap keinsafan nasuha dalam diri Nur Ibrahim naik mendadak.Malah Nur Ibrahim Sendiri yang menggali kubur untuk jenazah ayahnya.Malah dia berazam mahu jadi penggali kubur yang banyak berjasa seperti Tok Ayai.


###########

Itu kisah 14 tahun dahulu....

Sekarang,kedai runcit serbaneka 23jam Encik Azim buka 2 hari,tutup setahun.Kini Nur Ibrahim betul-betul nekad mahu menjadi seperti Tok Ayai..Cangkul keramat ayah nya masih disimpan begitu rapi.Pelbagai cara dia telah lakukan bagi meyakinkan penduduk kampung bahawa dia telah berubah tapi tak semudah itu penduduk mahu memaafkan dia.Malah ramai penduduk yang berada di tempat kejadian 14 tahun lepas telah awal-awal lagi membuat wasiat yang mereka tidak mahu kubur mereka digali oleh Nur Ibrahim.

Pada ketika itu,kecoh seketika berita mengenai 20 kubur dikampung berkenaan digali oleh sindiket minyak dagu yang sedang bermaharajalela ketika itu.Seluruh penduduk menuduh Nur Ibrahim sebagai dalang kepada sindiket minyak dagu tersebut.Ditambah pula kubur Pak Mikael juga turut menjadi korban kepada sindiket berkenaan.Masing-masing berpiket membawa sepanduk dihadapan rumah Nur Ibrahim. Encik Azim yang tak padan dengan kerepot nya turut serta membawa senapang yang sudah usang dimakan anai-anai.

Nur Ibrahim cuba menenangkan penduduk kampung dan cuba untuk membuktikan yang dirinya tidak bersalah..Nur Ibrahim telah bersumpah laknat yang dia tidak pernah melakukan perkara terkutuk tersebut malah dia berjanji akan membawa ahli sindiket minyak dagu tersebut ke muka pengadilan.

Keesokan malam nya, Nur Ibrahim bersama teman baik nya iaitu cangkul keramat telah bersedia di kubur untuk menangkap geng sindiket minyak dagu tersebut.Setelah berjam-jam menunggu, akhirnya geng tersebut mula kelihatan masuk ke kawasan perkuburan.Suasana menjadi makin tak keruan apabila geng sindiket tersebut cuba menggali kubur arwah Tok Ayai.Apabila geng tersebut sedang leka menggali kubur Tok Ayai, Nur Ibrahim dengan pantas bertindak.

Terasa seperti ada chemistry yang kuat antara Nur Ibrahim dan cangkul keramat nya, dengan pantas dan mudah sekali dia mencangkul kesemua ahli sindiket minyak dagu tersebut.

"Kau orang selamat! nasib baik aku tak galikan terus kubur untuk kalian!" Herdik Nur Ibrahim kepada geng minyak dagu tersebut.

Berita kejayaan Nur Ibrahim menumpaskan sindiket tersebut telah tersebar jauh ke pelusuk negara. Kini baru penduduk kampung sedar yang Nur Ibrahim telah berjasa kepada kampung tersebut. Nur Ibrahim Kini telah diterima kembali oleh komuniti penduduk kampung tersebut.

"Macam ni lah baru ada nurrrrr" ujar Mak Senah sambil tersenyum.


4 comments:

Bella ♥ said...

hahahahaha ending tak boleh blah! :DD

Unknown said...

kahkahkah..daya imaginasi yang tinggi

brader kemal said...

keh keh keh!

BeebJakwa said...

=.='