Saturday, April 30, 2011

brickfields

Baru-baru ni tengah gua bosan hidup di rumah orang-orang kaya di pinggir ukay perdana, gua terpikir, kemana la agak nya tempat yang gua nak pergi.. Nak ke zoo negara, dari aparment ni siap nampak mawas sedang mengawan, jadi gua cancelkan hajat ke zoo negara..Kalau masuk percuma mungkin gua akan pertimbangkan..


Tiba-tiba saja datang ilham dan idea yang mengajak ke brickfields..Gua tanpa banyak bunyi dan banyak cakap mengikut saja apa yang dicadangkan oleh ilham dan idea tu.. Dari ampang ni boleh tahan jauh jugak la, ditambah pula kesesakan lalu lintas pukul 2 petang..Faking sungguh rasa nya!


Sesampai saja gua di brickfields, gua parking di stesyen monorail,gua kabo kat polis bantuan tu, "Kalau rajin tolong tengok-tengok kan la motor saya ni".. Abang polis bantuan tu jeling tajam..Gua angkat kening.. Kemain marah lagi dia..Gua tinggalkan polis tu, gua terus memulakan perjalanan kaki gua memusing area brickfields.. Faham-faham saja lah feel di brickfields ni macam mana.. Sebut saja brickfields, pasti ramai yang mengaitkan dengan sindiket anak ayam,bapak ayam...Malah di stesyen monorail, gua siap nampak ayam serama di tepi jalan, gua pelik jugak, ada pulak ayam kat tempat sibuk ni ye? kalau ayam serama itu mampu menjawab jawapan gua, pasti dia akan berkata " kat brickfields ni manusia pon dah jadi ayam brader kemal oi!"


 Gua menyusuri lorong-lorong yang menjadi laluan orang ramai, Gua tengok lagi ramai pelacur dari orang awam yang berkeliaran.. faking sungguh.. Takpelah, janji jangan kacau gua sudah lah... Dari jauh gua terpandang beberapa orang pelancong mengambil gambar di sebuah lorong belakang kedai sambil tergelak.. Hati gua terpikir,ni mesti diorang ambil gambar pelacur sedang berbogel agak nya.. Gua pun melajukan langkah gua kearah mereka.. taknak lepas peluang..keh keh keh.. Bila gua sampai saja gua terpandang satu pemandangan yang amat dasyat sekali..Gua tengok timbunan sampah setinggi bumbung kedai di sepanjang lorong itu.. Automatik gua malu bila gua pandang muka-muka mat saleh yang sedang asyik mengambil gambar...


Gua meneruskan perjalanan kaki gua, Gua ke lorong panas.. sepanjang lorong itu, disebelah kiri gua barisan pelacur yang memperagakan badan mereka sambil menawarkan harga dan dari jauh pula ialah barisan bapak ayam mereka..Beberapa kali jugak la diorang memanggil gua, kalau pelacur tu ada seorang je, mau gua pijak2 kan je.. Tapi bila dilihat bilangan mereka yang ramai, silap-silap haribulan teruk jugak gua dibelasah di atas ranjang..Gua terpaksa melajukan langkah gua sambil bersiul.. 


Boleh tahan jugak panas di brickfields hari itu, gua betul-betul kehabisan stamina dan tenaga.. Jadi gua laju-laju mendapatkan motor gua.. Bila gua sampai di stesyen monorail, gua tengok abang polis tadi duduk diatas motor gua sambil bersembang dengan rakan nya..Bagus jugak polis ni..

1 comment:

NuR 'aQiLaH said...

mcm tawu je. yg lu cita tu ke brader? kehkeh