Thursday, June 30, 2011

penuh cabaran

Dua tahun lepas, Pak Lang gua meninggal dunia...


Tahun lepas, sepupu gua, aizat meninggal dunia, dia anak kepada pak lang gua..


Seminggu selepas itu, mak lang gua pulak meninggal dunia..


Dalam masa 2 tahun, 3 sekali pergi... mesti pelik ye dak? biar lah keluarga gua yang tau sebab diorang meninggal..


Semalam, Pak teh gua meninggal dunia.. Setiap tahun, orang yang paling gua tunggu bila raya ialah pak teh dengan mak teh.. Dalam perjalanan ke ipoh tadi, gua pecut laju kereta gua, abah gua tegur, "Nak buat ape bawak laju? bukan nya dia boleh hidup lagi" 


Hidup ni memang ada suka ada duka, penuh dengan dugaan,penuh dengan cabaran.. Kepada mimi, lia, mak teh, mizan dan adik, semoga anda semua tabah dengan segala dugaan, kepada lia, semoga anda cepat sembuh dari sakit buatan orang tu.. 


Selamat berjuang Mak teh! Selamat berjuang sepupu ku!.. Kita satu keluarga, susah senang biar bersama..





2 comments:

Kik0 ♥ QiLaH said...

yang hidup pasti mati.

sombong amalan tak mulia :P

Unknown said...

mati itu pasti, hidup itu InsyaAllah..

teringat plak arwah emak =(